Like on Facebook

header ads

Status tentera Islam terkorban melawan penentang Islam

Pena-education 11-09-2013 | Mengingat banyaknya perang saudara diantara umat Islam membuat saya tertarik untuk melihat dan menyelidiki sedikit tentang keberadaan orang yang meninggal ketika mereka berbunuh-bunuhan antara sesama. Sebagaimana yang kita lihat dan alami, dari kedua pihak meneriakkan kata Allahhu Akbar, dan kedua pihak memegang kitab suci Alquran sebagai peganagan. Hal inilah yang membuat saya bertambah ingin tau tentang masalah ini. Dari semua artikel yang saya baca tentang masalah ini, hanya artikel dibawah ini yang saya rasa agak baik untuk rujukan, apakah mereka yang meninggal ketika berperang bisa dikatakan syahid atau tidak.
photo google
Salman maskuri almisri menjawab dan menulis:
ULama telah berselisih pendapat terhadap status tentera Islam yang melawan penentang Islam, apakah mereka syahid di dunia ini dengan tidak dimandikan dan tidak disolatkan.
PENDAPAT PERTAMA: Mereka mendapat status syahid di dunia ini seperti orang yang berperang menentang orang kafir harbi. Ini pendapat mazhab Hanafi, Hambali dan satu pendapat dalam mazhab Syafie. (Lihat kitab majmuk , alhawi, al-Mughni dan Hasyiah Raddul Mukhtar)
DALIL PENDAPAT PERTAMA:
1- قول عمار بن ياسر -رضي الله عنهما-: «ادفنوني في ثيابي فإني مخاصم».
Ammar bin Yasir berkata: “Kafankan aku bersama pakaianku, sesungguhnya aku orang yang melawan.” (belaiu dibunuh semasa perang siffin bersama Ali menentang tentera Islam muawiyah)
Hadis Mauquf ini dikeluarkan oleh imam Baihaqi dalam Sunanul Kubra di hukum Sahih oleh Ibnu Sakn.
Zaid bin Sauhan Ra berkata:
2- قول زيد بن صوحان رضي الله عنه: «لا تغسلو عني دمًا، ولا تنزعوا عني ثوبًا إلا الخفين…».
“ Jangan basuh darahku dan jangan tanggalkan pakaianku kecuali dua kasut khufku.”
Hadis mauquf ini dikeluarkan oleh imam Baihaqi dalam As-Sunanul Kubra dan di hukum sahih oleh Imam Ibnu Abdul Bar dalam kitab At-Tamhid.
Beliau syahid dalam perang jamal bersama dgn saidina Ali menentang tentera Islam dibawah Saidatina Aisyah ra .
3- أن عثمان بن عفان رضي الله عنه دفن في ثيابه بدمائه ولم يغُسل.
Usman bin Affan dikafankan dalam bajunya yang berdarah dan tidak dimandikan.
Dalam kitab Ziadat almusnad oleh Abdullah bin Ahmad bin Hambal dan dihukum sahih oleh as-saati.
Usman dibunuh oleh penentang2 Islam yang tidak berpuashati dgnnya.
Imam Kasani dalam kitab Badaius Sanaie’ berkata (diringkaskan):
Ini kerana mereka dibunuh dalam peperangan mempertahankan kebenaran dan mempertahankan agama. Pembunuhnya adalah dalam kesalahan dan membunuhnya adalah kezaliman tanpa hak.
PENDAPAT KEDUA: Mereka tidak dianggap syahid didunia dan hanya boleh dianggap syahid akhirat. Ini pendapat utama dalam mazhab Syafie , mazhab Maliki , satu pendapat dalam mazhab Hamabali dan pendapat utama mazhab az-Zahiri.
DALIL PENDAPAT KEDUA:
 عن ابن أبي مليكة قال: «دخلت على أسماء بنت أبي بكر الصديق بعد قتل عبد الله بن الزبير، قال: وجاء كتاب عبد الملك أن يدفع إلى أهله، فأتيت به أسماء من الخشبة، فغسلته وكفنته وحنطته ثم دفنته». ولم ينكر عليها أحد.
Ibnu abi mulaikah berkata “ Aku berjumpa Asma binti Abu Bakr as-siddiq selepas pembunuhan Abdullah bin Zubair. Telah tiba surat dr Abdul Malik (bin marwan khalifah) untuk diserahkan pd keluarganya. Aku membawa surat itu kepada asma. Asma memandikan Abdullah, mengkafankannya, mewangikannya kemudian mengkebumikannya.” Tidak ada sesiapa yang mengingkari perkara ini.
Riwayat Baihaqi : Ibnu Hajar kata sahih.
Abdullah Zubair dibunuh oleh Hajjaj bin Yusuf gabenor zalim di Masjid Haram.
PENDAPAT KUAT:
Kedua2 pendapat adalah kuat tetapi pendapat pertama yang pertama lebih kuat kerana menentang penentang (bughah) adalah kewajipan pemerintah sepeti yg disuruh Allah dalam ayat berikut:
: ﴿وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الأُخْرَى فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّى تَفِيءَ إِلَى أَمْرِ اللَّهِ﴾ [الحجرات: 9].
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Imam Qurtubi mengulas daripada ayat ini bahawa wajib memerangi golongan penentang bughah ini.
Imam Sun’ani ulama mazhab hanafi mendefinasikan jihad sebagai:
«بذل الجهد في قتال الكفار أو البغاة».
“Memberi sepenuh komitmen untk memerangi orang kafir atau penentang bughah.”
Apapun kedua2 pendapat ini adalah diterima dan setiap pendapat mesti menghormati yang lain sebagai adab berkhilaf. (c)darulilmi

”Apun adanya, kita tetap disuruh berdamai, dan kalau kita berselesih faham, maka kembalilah kepada Alquran dan Hadis, sebab dalam Islam tidak digalakan berperang, bermusuh-musahan dan saling membenci, semoga atikel ini dapat membantu kita untuk bercermin dengan keadaan sekeliling kita”

Johan Makmor Habib

Team PENA

Posting Komentar

0 Komentar